Monday, August 31, 2009

A little Reminder to me....

"Ya Allah, aku memohon daripada Mu agar diberikan kepadaku keyakinan yang benar-benar mantap di atas segala ketentuan Mu. Sesungguhnya, aku adalah hamba yang lemah di sisi Mu. Baik bagi Mu, maka baik jua ia bagiku. Jangan kau goyahkan keyakinanku kapada Mu, Ya Allah. Sesungguhnya, kadangkala aku alpa dan lalai. Berilah peringatan Mu kepadaku dalam aku menuju ke jalan Mu dan dalam aku mencari redha Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih"

Sunday, August 23, 2009

1st Ramadhan...

Alhamdulillah, i managed to complete my first day of fasting. Berbuka dengan K.Ida wif our own cookings. Walaupun teringat kembali zaman-zaman puasa di rumah sendiri yang amat berbeza. Namun, jauh di mata (kedua ayahanda dan bonda tercinta), namun masih dekat di hati. InsyAllah, weekend depan saya akan berbuka bersama kedua-duanya di kampung halaman sendiri sekiranya diberikan keizinan oleh-Nya.

Second terawih had been done in Masjid Sultan Al-Mizan, Putrajaya wif my housemate. Pertama kali menjejakkan kaki di masjid yang baru dirasmikan few days ago, memang sangat terpegun dengan seni binanya. Modern cotemporary. Hurmm, tak kan nak ambik gambar pulak. Most of its structure has been build up by 90% iron. Thus, it had been labeled as "Masjid Besi". Besides that, it is also known as "Masjid Transparent" by the architect who involved wif its construction. Memang kalau kita berada di dalam masjid tu, kita akan nampak pandangan luar yang menakjubkan. Terutamanya pada waktu malam. Tempat parking kereta juga ada disediakan di basement masjid tersebut. Malah terdapat lif dan escalator untuk ke tingkat atas iaitu ruang utama masjid. Tujuan pembinaan masjid kedua ini adalah untuk menampung pertambahan penduduk di Putrajaya, yang kini hampir 70 000 dan dijangkakan akan mencecah 100 000 pada tahun hadapaan. Keseluruhannya, design "Rumah Allah" itu sangat mengagumkan.

Setelah selesai menunaikan solat terawih, saya & housemate sempat melepak-lepak menonton satu drama Melayu di TV, tajuknya "Bukan Bidadari". Na'uzubillah. Itu first impression yang dapat dikomen setelah selesai menonton. Sypnosisnya, sepasang suami isteri dengan 3 cahaya mata mengalami keretakkan rumah tangga angkara perbuatan curang dan hilang pertimbangan keduanya. Bermula dengan kecurangan yang dilakukan oleh si suami, dengan alasan "Juz for fun" sehingga terlanjur jauh dari itu. Akibat rasa tertekan dan tertipu, si isteri yang pada mulanya menurut segala percakapan suaminya bertindak untuk membuka aurat dan mencari keseronokkan sendiri di luar. Akhirnya, ia membawa kepada penceraian keduanya. Saya agak terkilan dengan kenyataan suami baru si isteri tersebut,

"Sebagai seorang yang intelektual, kenapa kita harus percaya kepada pegagan Arab kuno (yang merujuk kepada pegangan Islam)", setelah si isteri mengajak suaminya untuk solat dan berpuasa. Sedihnya bila mendengar pernyataan sebegitu rupa. Na'uzubillah...

Teringat kembali nasib anak-anak muda dalam novel "Sesejuk Maaf di Kalbu" akibat kes penceraian. Yang seorangnya (Shukri) berjaya di dalam hidup hasil bimbingan ibunya yang masih mengambil berat tentangnya, manakala seorang sahabatnya (Amirul), mati di tali gantung akibat tersalah memilih pegangan hidup tanpa bimbingan kedua ibu bapanya. Kepada siapa yang seharusnya kita menunding jari apabila nasi sudah menjadi bubur.

Mungkin inilah kehidupan "Melayu Proton" yang pernah diberitahu oleh ibu saya. Melayu hanya pada nama, belum tentu Islam atau Kristiannya seseorang itu. Istilah "Melayu Proton" ini pun diterangkan oleh seorang pemuda ketika ibu sedang menunggu untuk mengambil saudara di hentian bas pada tahun lepas. Ibu agak tidak selesa dengan penampilan seorang gadis yang bepakaian yang agak menjolok mata. Setelah mendengar keluhan ibu, pemuda di sebelahnya berkata itu adalah adik iparnya. Agak terkejut ibu dibuatnya. Katanya, dah lama "Melayu Proton" ni wujud. Melayu dan Islam hanya pada nama, namun kehidupannya seperti seorang Kristian. Katanya lagi, dahulu isterinya juga adalah seperti adik iparnya (tidak menutup aurat, tidak solat, tidak berpuasa dan melaksanakan apa yang perlu sebagai seorang Muslim), namun setelah berkahwin, dia cepat-cepat membimbing isterinya ke jalan yang sepatutnya berlandaskan Islam. Kini, isterinya sudah kembali menutup aurat dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Namun dia kecewa kerana tidak dapat membimbing adik iparnya....

Ya Allah, inilah semua dugaan kita sebagai umat terakhir di akhir zaman. Semoga diperteguhkan iman kita dan dipelihara diri kita daripada perkara-perkara tersebut. Namun sekiranya berpeluang untuk membimbing seseorang yang memerlukan bimbingan, pimpinlah dia sehingga ke pintu syurga dengan keikhlasan. Janganlah memberi alasan anda tidak bersedia, kerana, sampai bila-bila pun anda akan tidak bersedia sekiranya anda tidak pernah memulakannya dahulu. InsyAllah, hanya Allah yang dapat membalas segalanya....

Monday, July 20, 2009

Apa yang difikirkan

Sesuatu yang datang tanpa kita duga
Yang mampu menguji kekuatan serta keimanan kita
Kuatkah kita???

"Sesuatu yang kita inginkan tidak semestinya akan kita perolehi
Namu apa yang telah ditentukan dan dikurniakan oleh-Nya seharusnya diiringi dengan kesyukuran yang tidak terhingga".
(Quoted from: My mother)

"Yang terletak di hati, bukanlah yang terletak di pandangan mata.
Yang menangis tika musim dukamu dan juga ketawa tika musim ceriamu,
Janganlah ditandai harganya kerana bershabat,
Kerana bersahabat tak seindah bercinta,
Ianya indah dalam yang terindah".
(Quoted from: Maya)

"Andai dibebani batu musibah, tempuhilah dengan keberanian dan ketaqwaan.
Andai dianugerahi rahmat kenikmatan, hiasilah hatimu dengan kesyukuran dan keredhaan kepada-Nya".
(Quoted from: Ika)

Terima kasih semua....

Sunday, July 12, 2009

Yang PaSTi adalah......

Semuanya beraku secara mendadak tanpa dipinta. Terasa seperti kisah lama akan berulang lagi. Life is not always like a rainbow, sometimes it might be rain... Sukarnya untuk membuat keputusan sekiranya bukan atas pilihan sendiri. Mungkin masih ada masa untuk mengatakan "tidak" atau sebaliknya. Belum pasti...

"Ya Allah, hamba-Mu ini ingin memohon agar diberi kekuatan untuk membuat keputusan yang terbaik. Berikanlah ilham dan petunjuk-Mu kepada hamba-Mu ini"

Sudah serik rasanya menanti jawapan yang belum pasti. Sudah penat bermain teka teki yang belum tentu benar atau tidak jawapannya. Dan sekiranya ini adalah yang terbaik, maka permudahkanlah ia, InsyAllah.

Wednesday, July 8, 2009

Ya atau Tidak.....

Sukarnya berada dalam keadaan rasa 'serba salah'. Walaupun kita sudah berusaha untuk melakukannya sebaik mungkin. Tersepit antara jawapan "Ya" atau "Tidak".

"Ya" atas rasa ingin cuba untuk hulurkan pertolongan, dan
"Tidak" atas sebab tanggungjawab lain yang lebih penting.
Yang pasti salah satu daripada jawapan itu, mungkin hasilnya adalah gembira atau kecewa.

Tersepit antara tanggungjawab dan pertolongan, bersalahnya kerana tak dapat menolong orang lain atas tanggungjawab lain yang diberikan.

Saturday, June 20, 2009

Air mata...

Dalam menghitung hari untuk menghabiskan tahun PRP yang bakal menjelang tak lama lagi, ada sesuatu yang membuat fikiran dan hati ini untuk berfikir sejenak. Ia membuatkan diri ini untuk lebih menghargai setiap detik dan saat yang berlalu.

Betapa indahnya senyuman setiap orang kepada kita setelah kita memberi khidmat dan layanan terbaik buat mereka...

Betapa berharganya masa untuk kita lalui dan manfaatkan kepada sesuatu yang lebih berharga...

Betapa letihnya fizikal dan mental dalam menghadapi kerenah yang pelbagai saban hari...

Betapa indahnya hubungan sesama manusia dan juga Pencipta setelah kita memberi keikhlasan tanpa mengharapkan balasan...

Namun, kadangkala diri kita lemah dan hanya air mata yang dapat menjadi teman sebagai sumber kekuatan untuk terus berdiri dengan segala pengalaman yang dilalui...

Biarlah bermula daripada merangkak kepada betatih, bertatih kepada berjalan, dan berjalan kepada berlari....

Janganlah kita merangkak dan terus berlari, kerana bila tersungkur sakitnya amat dirasai.

Monday, June 1, 2009

My EYES blind, but not my HEART

Jam menunjukkan 4.30 petang, hari isnin memang selalu sibuk. Al-maklum la hari ni adalah hari klinik. Alamak rasa macam terlewat sangat dah nak naik ward buat counseling. Disebabkan memang dah takde orang nak cover, terpaksa la jua memberatkan kaki memanjat hingga ke tingkat 6. Fuh...mata asyik tengok jam je takut tak sempat turun covered counter dispensing. Turun naik, turun naik, pancit dah kaki berjalan-jalan satu hospital. Alhamdulilah, report DD dah siap & benda-benda lain pun dah settle. Langkah menuju ke ward 6A (ward ophthalmology) agak tergopoh gapah jugak dek mengejar masa yang ada. Masuk-masuk je, terus berjalan ke kaunter mencari staff nurse yang bertugas...

"Akak, saya daripada farmasi nak buat kaunseling insulin injection, patient ni, En. Mohd .... kt katil mana yek?"

Staff nurse: "Owh, adik dripada farmasi yek, patient tu katil 13 dik"

"Time kasih ye akk" berlalu sambil senyum-senyum kambing kt akk staff nurse tu.

Sampai je di katil 13, langsir yang digunakan sebagai penghadang pun ditarik.

"Assalamualaikum En. Mohd ...., saya daripada farmasi nak ajar encik cara untuk cucuk insulin, boleh ke kita mula sekarang?" Tapi dalam hati, rasa macam pelik jgk, knape la p.cik ni x bangun-bangun pun, dan mata die still tutup rapat je...

"Boleh2..." Sambil membetulkan posisi badan beliau, tetapi, matanya still tertutup rapat.

"Adik ni anak encik yek?", ade seorang budak perempuan yang masih tercegat di sebelah katil p.cik tu.

"Ye, saya anak die, maaf yek akk, ayah saya x boleh nampak" Blur sebentar....alamak macam mane nak ajar yek. Hurmm...

"Kalau saya ajar awak boleh ke?"

"Saya x duduk dgn die akk, sy duduk asrama, yang duduk dgn die ibu dan abang saya je" Ermm..lagi complicated sbb kedua-duanya memang xde di situ.

"Mak awak x datang sekali ke adik?"

"Mak saya x dapat datang sebab kene jaga cucu kat rumah" Aik, pelik btul, husband die tgh sakit, sempat lagi jaga cucu kat rumah, ermm...

"Bila mak awak datang nanti boleh inform kan pd staff nurse, nanti diorg akn inform akk untuk ajar die guna pen insulin ni, boleh?"

"Ok, nanti sy inform diorg"

Tiba-tiba, p.cik tadi yang diam membatu bersuara....

"Cik, nak cucuk insulin tu macam mane? Klu sy try cucuk sendiri boleh kn?"

"Ermm, p.cik, sebenarnye boleh klu p.cik yakin p.cik boleh buat, tapi saya risau la p.cik, jarum pen insulin ni bukan macam pen biase, jarumnye halus sangat, saya takut p.cik tercucuk jari nanti. Lagi pun doktor srh p.cik cucuk dua jenis insulin ni, (Actrapid n Insulatard). Kod warna insulin ni pun berbeza p.cik. Cara nak cucuk, ada cara tertentu p.cik. Mungkin bila p.cik dengar bunyi 'klik' pada pen ni, p.cik boleh agak berapa unit p.cik nak cucuk. Tapi saya still risau jugak, takut p.cik ter'overdose'. Nnti klu terlebih insulin, gula boleh jadi terlalu rendah & bahaya pada p.cik."

"Yeke cik, p.cik xtau. Kalau setakat bunyi klik tu, p.cik rs boleh agak-agak lagi, tapi jarum tu p.cik x nampak. Insulin tu selalunye cucuk di tangan ke? Ke di perut? Sini boleh tak?" (sambil menunjukkan lengannya).

"Boleh p.cik rasa jarum tu macam mane?"

Dalam hati, isk, risau betul....."Xpe la p.cik, nnti tercucuk tangan p.cik"

Anak die menyambung "Ayah jarum tu halus sangat, zah dah tengok td. Xpe la ayah, jangan pegang yek, nnti zah bagi tahu ibu suruh datang"

"Xpe la zah, diorg sibuk agaknye....sempat ke diorg nak datang jaga ayah....."

Sayu betul hati bila dengar ayat last p.cik tu. Sewaktu melangkah pulang, hati saya bercampur baur, antara sedih dan terharu dengan pesakit tersebut. Mungkin ada masalah-masalahnya yang sukar difahami. Namun dari kesungguhan dia tunjukkan untuk belajar cucuk insulin walaupun dalam keadaan sebegitu, tersentuh hati saya.

Baginya, mungkin dia sudah kehilangan penglihatan kesan daripada 'diabetic retinopathy', tetapi, 'mata hati'nya masih celik untuk menilai dan telinganya cukup untuk mentafsir. Berbanding kita yang masih celik matanya, namun masih belum tentu bijaknya kita menilai antara kaca dan permata, dan yang benar atau sebaliknya....

Tuesday, May 19, 2009

I've got dis from my cousin, Ika....

"Hubungan kita dengan manusia akan baik kalau kita menjaga hubungan kita dengan Allah…Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia sbb kita menjaga hubungan kita dengan Allah…."

Betul apa yang dikatakan olehnya. Kenapa kita nak gusar tentang hububgan kita dengan manusia, sedangkan hubungan kita dengan Allah pun masih 'terumbang-ambing'. Mungkin sekadar renungan kita untuk bermuhasabah apa yang padan patut....

Thanx ika, for ur lovely words that u shared with...

Friday, May 15, 2009

When a YELLOW HEART FREEZES


It is a monologue....

Of a loneliness piece of myocardium pumping inside my chest wall....called a HEART

A ~YELLOW HEART~ when answering my Facebook spontaneous quiz, hehe.

To bandage and care it again with kindness...

But, can it be healed again? without needed of angiogram or COROS procedure, hurmm...

It feels pain to be re-opened again and undergoing all the CABG (Coronary-artery bypass grafting) procedure.

Then, it starts to FREEZE by now like the one in a dead body...

FREEZE n FREEZE.....until it meets something warmness....might be one day.

Sunday, May 10, 2009

Kasihnya akan ku sanjung sehingga ke hujung nyawa…

Tanggal 3/3/09, pagi, pukul 8 lebih...


Satu mesej masuk ke inbox,


“Pada hari ini seorang janda telah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi menemui Ilahi buat selamanya, bersama seorang anak kecil yang tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Kini Allah gantikan padanya kejayaan anak kecil itu dalam kehidupannya. Allah Maha Pengasih, lagi Maha Mengetahui, di atas segala sesuatu yang terjadi. Selamat Hari Lahir ke-25, wahai anakku”


Menitis air mata terharu selepas membaca mesej yg dihantar oleh ibu yang dikasihi, beberapa hari sebelum menyambut hari lahir pada tahun ini. Ini mengingatkan tentang Firman Allah SWT:


“Semua bencana yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab (Luh Mahfuz) sebelum kamu mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripadamu, dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu”

(Al-Hadid: 22 – 23)


Setiap kegagalan dan kesedihan yang dilalui oleh anaknya, insan mulia inilah yang sentiasa meniupkan semangat dan tidak putus-putus doanya pada Ilahi. Semoga anaknya akan dikurniakan kekuatan dan kemudahan untuk mengahadapi segalanya. Namun, seorang anak tidak terlepas dari khilafnya, yang kadangkala meyakiti atau mengguris kepingan hati insan yang bernama ibu ini. Apa pun dosa anaknya, ianya tetap diampunkan. Dan terus dia doakan doa yang terbaik buat anaknya. Mengandung 9 bulan, berjaga ketika anak kecil ini sakit, dan menyusukan ketikanya dahaga. Memang layaklah syurga di bawah telapak kaki seorang ibu. Ampunkanlah segala dosa anakmu ini wahai ibu. Tanpa ibu, siapalah kita untuk menjadi seorang insan hingga ke hari ini.


Penghargaan entri ini ditulis khas buat ibu tercinta Hjh Pn. Wan Zalina binti Wan Omar. Terima kasih ibu di atas didikan dan kasih sayangmu.