Sunday, August 22, 2010

Hanya Untuk KAMU


Alhamdulillah….
Saya kenal kamu
Walaupun sudah berakhir segalanya
Saya tetap doakan kamu bahagia dengan hidup mu
Walaupun saban hari saya menangis
Tapi sayangnya bukan untuk kamu
Saya kecewa kerana saya gagal dalam cinta saya pada-Nya
Alhamdulillah
Kini saya tahu
Cinta-Nya melebihi kasih sayang dan simpati kamu kepada saya
Ianya amat tenang di sisi-Nya
Kamu tahu
Hingga hari ini, saya masih doakan kamu
Untuk kamu temui cinta-Nya suatu ketika
Untuk kamu terus menjadi kuat melupakan apa yang hitam dalam hidup kamu
Untuk DIA terus benihkan cinta-Nya dalam hati kamu
Agar kamu bahagia dengan jalan-Nya
Hakikatnya
Saya cuba buang dan lupakan kamu dari hidup saya
Namun, dalamannya saya tetap doa kamu sampai bila-bila
Kasih sayang saya untuk kamu hanya sekadar saudara seagama
Semoga kamu akan menemui cinta-Nya
……..Hanya untuk KAMU……..

No comments: